Wednesday 12 September 2012

Tentang Kolej UNITI

Kolej UNITI telah diluluskan penubuhannya oleh Kementerian Pendidikan Malaysia pada 15hb Mac 1997 dan memulakan operasinya di kampus yang terletak di Kompleks UNITI, Pasir Panjang, Port Dickson, Negeri Sembilan. Pada tahun pertama, seramai 170 pelajar telah mengikuti program Pra Sains UiTM. Pada tahun berikutnya, pelajar Kolej UNITI meningkat kepada 405 orang dengan 4 program akademik. Pada tahun 2001, dengan 10 program akademik jumlah pelajar telah berkembang kepada 1110 orang. Kini Kolej UNITI telah berjaya menawarkan 13 program yang mendapat kelulusan penuh dari Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi. Semua program telah mendapat pengiktirafan dari Malaysian Qualifications Agency (MQA).

Hingga kini, Kolej UNITI telah berjaya mengeluarkan hampir 4000 graduan melalui pelbagai program. Setakat ini, 6 kumpulan graduan Program Diploma Pengajian Islam seramai 150 orang telah berjaya menamatkan pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda di Universiti Al Azhar Mesir. Selari dengan Visi dan Misi, Kolej UNITI sentiasa memastikan graduannya berjaya menamatkan pengajian pada kelulusan akademik yang tertinggi dan mempunyai personaliti yang baik dan berakhlak mulia.

Untuk mencapai visi dan misi tersebut, Kolej UNITI sentiasa memantau perjalanan Hal Ehwal Pelajar agar dapat berjalan dengan baik. Hal Ehwal Pelajar Kolej UNITI yang berfungsi menjaga kebajikan pelajar dan membantu program-program pelajar dilaksanakan dengan jayanya. Unit Hal Ehwal Pelajar terdiri daripada Jawatankuasa Kepimpinan Mahasiswa, Kelab-kelab Pelajar, Majlis Felo, Majlis Pembimbing Rakan Siswa (MPRS) dan Unit Runding Cara Pelajar.

No comments:

Post a Comment